Saturday, 19 November 2011
Sorotan Literatur
Akhirnya siap juga sorotan literatur iaitu asingment kedua kaedah penyelidikan kesusasteraan Melayu setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkannya. Selepas ini boleh tumpukan kepada asingment yang lain yang menunggu untuk disisapkan. Aduh!!! penatnya semester ni. Semester ni sangat menguji kesabaran aku. Tapi sesuatu kerja itu harus dilakukan dengan ikhlas.
Thursday, 17 November 2011
Sunday, 13 November 2011
Finishing School Hari Kedua
Pelbagai cerita suka duka sepanjang perjalanan hari kedua kursus finishing school. Finishing school hari ini memang menggerunkan apa tidaknya seorang demi seorang kena bercakap bahasa Inggerish. Aku apalagi main hentam saja apa yang aku tahu. Rasa malu pun ada sebab ramai yang lebih expert bahasa Inggerishnya. Tapi tak apa, itu merupakan proses belajar kan. Walau apa pun aku telah menjalani kursus ini dengan jayanya. Lepas ini boleh tarik nafas lega. hehe
gambar-gambar hari kedua finishing School
Saturday, 12 November 2011
Hari pertama Finishing School...
Pada hari ini aku telah menghadiri kursus finishing school. Sangat takut... apa taknya fasilitator bercakap seratus peratus bahasa Inggerish, tapi nasib baik fasilitator tidak bertanyakan soalan.Tapi yang menghairankan mengapa digunakan bahasa Inggerish. Apa kurangnya bahasa Melayu. Bagaimana kita nak memartababkan bahasa Melayu kalau orang Melayu sendiri tak nak cakap bahasa Melayu. Siapa lagi yang ingin memeprtahankan bahasa Melayu selain Melayu itu sendiri... fikir-fikirkan.
Gambar-gambar hari pertama kursus Finishing school
Gambar-gambar hari pertama kursus Finishing school
Tuesday, 8 November 2011
Di mana letaknya harga diri seorang wanita
Pada suatu malam ketika aku bersama kawan-kawan untuk menyiapkan persembahan Video di cafe, tiba-tiba ternampak pasangan kekasih yang berhadapan dengan kami semua. Sangat memalukan melihat aksi pasangan kekasih tersebut. Di manakah pengangan agama pasangan kekasih tersebut. Mereka tanpa segan silu bermesra dengan aksi yang tak sepatutnya. Berjam-jam lamanya pasangan tersebut menunjukkan aksi yang tidak senonoh kepada kami semua.Pengang sana , pegang sini. Bukankah bersentuhan antara lelaki dengan perempuan berdosa., namun pasangan tersebut terang-terangan dan tanpa memepedulikan halal haram menunjukkan aksi belai membelai sehinggakan rasa malu melihat si perempuan yang berlebih-lebihan membelai pasangannya.
Ceteknya ilmu para mahasiswa sekarang
Peristiwa ini berlaku sewaktu kuliah awal pagi tadi. Sungguh memalukan apabila seorang pensyarah menanyakan soalan kepada seorang mahasiswa berkitan dengan sejarah negerinya dan jawapan pelajar tersebut hanya mengelengkan kepala yang menunjukkan pelajar tersebut tidak peka terhadap sejarah negerinya. Walhal soalannya senang tapi disebabkab kecetekan ilmu, pelajar tersebut gagal untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh pensyarah tersebut. Sebagai seorang pelajar seharusnya kita mengetahui serba sedikit dalam hal pengetahuan am supaya apabila ditanya tidak terpinga-pinga untuk menjawab.
Monday, 7 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)