Saturday 24 September 2011

HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT

Baca tajuknya anda sudah tahu mengapa sebab musabab  hal ini diperbicarakan. Kita  semua tahu bahawa setiap pelajar menerima pinjaman PTPTN. Apa yang menyedihkan wang tersebut dihabiskan dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan apabila sudah kehabisan WANG mulalah meminjan. Apa yang menariknya semasa ingin berhutang manis sungguh mulut berkata-kata, tetapi apabila untuk membayarnya sangat susah. Sampai masuk semester baru pun tidak bayar-bayar juga. Kalau kita mintak takut si penghutang akan menanggung malu. Kita tidak  faham mengapa si penghutang sungguh susah untuk membayar hutang atau buat-buat lupa untuk membayar. Sebenarnya ramai manusia muka tembok atau orang tidak tahu malu, dah tahu berhutang bayarlah ini tidak buat tidak endah sahaja. kalau berhutang 50 SEN bolehlah dihalalkan tetapi kalau dah berpuluh-puluh siapa yang nak halalkan. Kalau kerja sebagai pegawai tidak apalah, ini sebagai pelajar yang mengharapkan duit PTPTN. Walau apapun hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Kepada si penghutang bayarlah hutang kepada si peminjan.. Fikir- fikirkan.

Monday 19 September 2011

SIKAP PENTING DIRI SENDIRI

Sikap manusia sebenarnya boleh diubah. Haruskah kita memaafkan sikap penting diri sendiri dalam kalangan manusia hari ini. Sebagai manusia biasa sememangnya kita tidak boleh lari dengan pelbagai masalah. Rasa takut juga ingin membicarakan tajuk ini takut-takut ramai yang terasa. Tapi apakan daya, seharusnya kita sebagai manusia patut meluahkan isi hati supaya manusia-manusia tersebut jangan lupa diri dan tidak mementingkan diri lagi. Walhal bendanya kecil tetapi  setiap manusia tidak tahu dalam hati manusia bahawa perkara tersebut sangat besar dan sangat menyakitkan hati. Bagi sesetengah manusia perkara ini remeh tetapi bagi yang terkena tuan punya badan sahaja yang tahu. Sikap ini sebenarnya tidak boleh dikikis dalam diri manusia selain dirinya sendiri yang mengubahnya. Kita tidak boleh mengatakan sama ada lelaki lebih mementingkan diri mahupun wanita yang lebih mementingkan diri kerana kedua-duanya sama sahaja. Pada hari ini aku belajar satu perkara yang sangat memberi pengajaran pada aku. Sebagai manusia kita seharusnya berpada-pada berbuat baik pada seseorang kerana ia boleh menjerat diri kita sendiri ibarat pepatah melayu mengatakan buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.......  sekian

Sunday 18 September 2011

PERISTIWA 18/09/2011

Masalah airdatang lagi, kali ini berlaku di awal semester. Masalah ketiadaan air ini berlanjutan sampai ke malam. Apakah nasib beribu-ribu pelajar kolej serumpun terutamanya pelajar baharu yang baru untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kolej ... nasib baik masalah ketiadaan air ini berlaku pada hari minggu...... masalah ini menganggu segala rutin harian pelajar untuk bersembahyang, kencing, berak, dan segala-galanya lah. Pada petang ketiadaan air aku mandi di fakulti..nasib baik tidak ada orang di situ.

Apa yang penting sesuatu yang berlaku itu mungkin ada sebabnya.Fikir-fikirkan