Monday, 19 September 2011
SIKAP PENTING DIRI SENDIRI
Sikap manusia sebenarnya boleh diubah. Haruskah kita memaafkan sikap penting diri sendiri dalam kalangan manusia hari ini. Sebagai manusia biasa sememangnya kita tidak boleh lari dengan pelbagai masalah. Rasa takut juga ingin membicarakan tajuk ini takut-takut ramai yang terasa. Tapi apakan daya, seharusnya kita sebagai manusia patut meluahkan isi hati supaya manusia-manusia tersebut jangan lupa diri dan tidak mementingkan diri lagi. Walhal bendanya kecil tetapi setiap manusia tidak tahu dalam hati manusia bahawa perkara tersebut sangat besar dan sangat menyakitkan hati. Bagi sesetengah manusia perkara ini remeh tetapi bagi yang terkena tuan punya badan sahaja yang tahu. Sikap ini sebenarnya tidak boleh dikikis dalam diri manusia selain dirinya sendiri yang mengubahnya. Kita tidak boleh mengatakan sama ada lelaki lebih mementingkan diri mahupun wanita yang lebih mementingkan diri kerana kedua-duanya sama sahaja. Pada hari ini aku belajar satu perkara yang sangat memberi pengajaran pada aku. Sebagai manusia kita seharusnya berpada-pada berbuat baik pada seseorang kerana ia boleh menjerat diri kita sendiri ibarat pepatah melayu mengatakan buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali....... sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment