Thursday 22 December 2011

PENGALAMAN SEMASA BELAJAR KURSUS BBK 3408 2011 DENGAN DR. NORMALIZA

Syukur Alhamdulillah, berjumpa lagi kita. Nampaknya semester ini sudah memasuki minggu ke-14 dan berakhirlah  sudah kursus BBK 3408 2011 yang diajar oleh Dr. Normaliza Abdul Rahim. Tidak dapat dinafikan sepanjang empat belas minggu mengikuti kursus ini sangat menguji kesabaran saya. Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah saya lalui bersama ahli kumpulan Uda dan Dara. Tidak boleh dinafikan dengan tugasan yang telah diberikan oleh Dr. Notts http://aammwa.blogspot.com/ ini pelbagai masalah telah berlaku dalam kumpulan tetapi masalah tersebut berjaya diatasai atas sikap profesional ahli kumpulan. Inilah satu-satunya kursus yang banyak ke arah praktikal berbanding dengan kursus lain yang lebih ke arah teori.
Hasil daripada kursus ini saya dapat mempelajari banyak benda baharu yang sebelum ini memang saya tidak ketahui langsung. Jika saya tidak mengambil kursus ini mungkin selama-lamanya saya tidak mengetahui  benda-benda yang berkaitan dengan multimedia ini. Kursus ini banyak memberi manfaat kepada saya bagaimanana untuk mengendalikan tentang multimedia.
Kursus ini banyak memberi ilmu pengetahuan berkaitan dengan multimedia. Sebelum ini saya banyak mempelajari tentang teori dalam kursus lain, tetapi apabila belajar kursus multimedia ini  banyak benda baharu yang saya belajar walaupun saya bukan dalam bidang multimedia tetapi kursus ini sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan tentang berkaitan multimedia.
Selain itu, dalam menyiapkan tugasan praktikal dalam kumpulan memerlukan kesabaran. Tidak dapat dinafikan tugasan yang diberikan setiap minggu sangat membebankan dan memenatkan kami tetapi itu semua akan memberi faedah kepada kami semua  pada masa hadapan untuk mencari pekerjaan. Walaupun tugasan ini memang boleh dikatakan agak sukar untuk dilakukan namun-lama kelamaan benda ini menjadikan kami semua seronok dan tertunggu-tunggu dengan tugasan yang baru.
Dalam membuat tugasan ini, saya bersama ahli kumpulan pasti akan melakukan yang terbaik kerana dan menandingi dengan ahli kumpulan yang lain dan pastinya setiap kumpulan akan melakukan yang terbaik untuk mendapat pujian dan ini menyebabkan kami seronok mempelajari kusus ini, walaupun tugasan yang dilakukan agak rumit untuk disiapkan dan ditambah dengan karenah ahli kumpulan tetapi kami semua berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya.
Selain itu, dalam proses mengedit video pula saya merasakan sangat bangga kerana sebelum ini saya tidak tahu pun untuk mengedit video tetapi atas bantuan rakan-rakan dan hasil usaha saya sendiri yang ingin mencuba, sekarang saya boleh mengedit video.
Jadi, apa yang saya perolehdari kussus ini selain pengetahuan saya juga dapat memperolehi pengalaman yang berguna sepanjang empat belas minggu mengikuti kursus ini. Saya rasa kursus ini sangat bagus kepada saya kerana telah memberi input yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Kursusu ini seharusnya dikekalkan supaya setiap pelajar dapat mempelajari sesuatu. terima kasi diucapkan kepada Dr. Normaliza kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang empat belas minggu ini. Jasa anda amat saya hargai.

 Jom kita lihat gambar-gambar semasa mengikuti kursus BBK 3408 2011.












Monday 19 December 2011

penghujungnya

Nampaknya minggu ke-14 sudah ke penghujungnya. Maka selepas ini bermulalah kegiatan menghafal nota.

Saturday 17 December 2011

berlagak popular

Rasa menyampah pun ada dengan seorang manusia ni, tetapi sebagai seorang manusia kita tidak boleh membenci sesama Islam. Dia ingat dia tu popular sangat, sampai orang telefon, nak cakap dengan tak nak cakap sama banyak dan terus letak macam tu je telefon  dengan ayat yang tergantung. Dia ingat aku  ni nak sangat ke cakap dengan dia. Kalau bukan kerana hal yang penting tak ingin  aku telefon. Kalau wakil rakyat boleh la aku hormat, tapi kalau setakat pelajar biasa tak payahlah nak berlagak popular.

Nota Exam

Final Exam menjelang lagi dan bermulalah gerakan mencari  nota. Dalam gerakan  mencari nota tu janganlah menyusahkan hidup orang lain.

minggu ke-14 datang lagi.

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu ke 14. Rasa sekejap sahaja belajar.. Masa begitu pantas berlalu. Final Exam kembali menyelubungi para pelajar UPM.

Friday 16 December 2011

Jumpa

Akhirnya jumpa juga bahan untuk asingment Dr.normaliza. Tak sia-sia berkampung selama 4 jam di Library. lega rasanya.

Wednesday 14 December 2011

masalah

Hari ini satu lagi masalah timbul. Bila nak selesai........ pening.......

BBK 3408 2011 UDA & DARA PRODUCTION (ISU PENCERAIAN)

Pameran Multimedia

Hari ini berakhirlah sudah pameran multimedia yang telah diadakan selama dua hari. Segala perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Bergambar bersama encik Kamarudin Ismail.

Tuesday 13 December 2011

BBK 3408 2011 UDA & DARA PRODUCTION (VIDEO TENTANG TELEFON)

Manusia

Kita sebagai manusia kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah. Walau apa pun yang berlaku kita besti bersabar kerana sabar adalah senjata paling mujarab untuk melawan amarah. Ingatlah setiap perbuatan itu ada balasannya.

Saturday 3 December 2011

TOCIE

Akhirnya  selesai jugak ujian berkomunikasi TOCIE. Syukur alhamdulillah aku dapat jawab soalan yang diberi walaupun jawapan yang aku beri tungang-langang. Terima kasih kepada Cik Zuhaidah, Puan Shima, Cik Zanariah dan Cik Ila Fa kerana satu kumpulan dengan saya. Moga kita semua lulus dalam ujian ini.

Thursday 1 December 2011

Majalah Uda & Dara

Inilah hasil lukisan tangan majalah Uda dan Dara. Ada yang terlebih cantik dan ada jugak yang sederhana cantik termasuklah yang aku juga. Maklumlah aku ni bukan pakar dalam bidang melukis, jadi itulah hasil yang aku lukis.

Jom tengok lukisan Uda dan Dara

Muka Depan, ini hasil lukisan encik Amir Rullah....

Ruangan iklan, ini hasil lukisan Encik amir rullah

Topi baby, ini Hasil Lukisan Puan Nor Hashima

Topi Baby, lukisan Puan Nor Hashima

Topi Eksklusif, hasil lukisan Cik Zanariah

Topi gaya Ringkas, hasil lukisan saya sendiri Zack Zury

Topi Gaya ringkas, hasil lukisan saya sendiri Zack Zury

Topi Koleksi terkini, hasil lukisan Cik Zuhaidah

Koleksi topi terkini, lukisan Cik Zuhaidah

koleksi topi sukan, hasil lukisan Cik Ila Fa

Topi Ekslusif, Lukisan Cik Zanariah

Saturday 19 November 2011

Sorotan Literatur

Akhirnya siap juga sorotan literatur iaitu asingment kedua kaedah penyelidikan kesusasteraan Melayu setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkannya. Selepas ini boleh tumpukan kepada asingment yang lain yang menunggu untuk disisapkan. Aduh!!! penatnya semester ni.  Semester ni sangat menguji kesabaran aku. Tapi sesuatu kerja itu harus dilakukan dengan ikhlas.

Sunday 13 November 2011

Finishing School Hari Kedua


Pelbagai cerita suka duka sepanjang perjalanan hari kedua kursus finishing school. Finishing school hari ini  memang menggerunkan apa tidaknya seorang demi seorang kena bercakap bahasa Inggerish. Aku apalagi main hentam saja apa yang aku tahu. Rasa malu pun ada sebab ramai yang lebih expert bahasa Inggerishnya. Tapi tak apa, itu merupakan proses belajar kan. Walau apa pun aku telah menjalani kursus ini dengan jayanya. Lepas ini boleh tarik nafas lega. hehe

gambar-gambar hari kedua  finishing School





Saturday 12 November 2011

Hari pertama Finishing School...

Pada hari ini aku telah menghadiri kursus finishing school. Sangat takut... apa taknya fasilitator bercakap seratus peratus bahasa Inggerish, tapi nasib baik fasilitator tidak bertanyakan soalan.Tapi yang menghairankan mengapa digunakan bahasa Inggerish. Apa kurangnya bahasa Melayu. Bagaimana kita nak memartababkan bahasa Melayu kalau orang Melayu sendiri tak nak cakap bahasa Melayu. Siapa lagi yang ingin memeprtahankan bahasa Melayu selain Melayu itu sendiri... fikir-fikirkan.

Gambar-gambar hari pertama kursus Finishing school

   










Tuesday 8 November 2011

Di mana letaknya harga diri seorang wanita

Pada suatu malam ketika aku bersama kawan-kawan untuk menyiapkan persembahan Video di cafe, tiba-tiba ternampak pasangan kekasih yang berhadapan dengan kami semua. Sangat memalukan melihat aksi pasangan kekasih tersebut. Di manakah pengangan agama pasangan kekasih tersebut. Mereka tanpa segan silu bermesra dengan aksi yang tak sepatutnya. Berjam-jam lamanya pasangan tersebut menunjukkan aksi yang tidak senonoh kepada kami semua.Pengang sana , pegang sini. Bukankah bersentuhan antara lelaki dengan perempuan berdosa., namun pasangan tersebut terang-terangan dan tanpa memepedulikan halal haram menunjukkan aksi belai membelai sehinggakan rasa malu melihat si perempuan yang berlebih-lebihan membelai pasangannya.

Ceteknya ilmu para mahasiswa sekarang

Peristiwa ini berlaku sewaktu kuliah awal pagi tadi. Sungguh memalukan apabila seorang pensyarah menanyakan soalan kepada seorang mahasiswa berkitan dengan sejarah negerinya dan jawapan pelajar tersebut hanya mengelengkan kepala yang menunjukkan pelajar tersebut tidak peka terhadap sejarah negerinya. Walhal soalannya senang tapi disebabkab kecetekan ilmu, pelajar tersebut gagal untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh pensyarah tersebut. Sebagai seorang pelajar seharusnya kita mengetahui serba sedikit dalam hal pengetahuan am supaya apabila ditanya tidak terpinga-pinga untuk menjawab.

BBK 3408 2011 UDA & DARA PRODUCTION - UPM (COVER SONG DARJAT)

Saturday 29 October 2011

Perkara yang aku tak boleh lupa

Dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah S.W.T ini semestinya segala kenangan akan tercipta sama ada kenangan itu indah mahupun buruk sehingga tidak dapat dilupakan oleh seseorang. Semua orang akan melaluinya seperti juga diri aku yang telah melalui pelbagai kenangan manis dan buruk sepanjang 24 tahun hidup di muka bumi Allah S.W.T. Semestinya banyak perkara yang aku tak boleh lupa, tetapi aku akan menyenaraikan beberapa sahaja perkara yang betul-betul memang aku tak akan lupai sepanjang kehidupan aku.
Perkara pertama yang memang aku tak boleh nak lupa sampai hari ini adalah mengenai mula-mula aku dapat menerima tawaran masuk ke universiti Putera Malaysia. Mak dan ayah aku orang yang paling gembira pada masa itu, sehingga menitiskan air mata kerana akulah satu-satunya orang yang pertama yang menjejaki ke menara gading, sebab tu perkara ini menjadi detik yang tidak boleh dilupakan dalam kehidupan aku.
Selai itu, Aku sampai hari ini masih teringat arwah nenek aku,  nenek aku dah empat tahun meninggal dunia. Aku melihat sendiri orang mandikan  dan kapankan nenek aku. Di antara enam orang adik-beradik akulah orang yang paling rapat dengan  nenek aku. Daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah aku tidur bersama dia. Kini nenek aku tiada lagi. Aku sangat  mengingati saat-saat bersama nenek. Aku pasti akan menangis apabila teringatkan nenek.
seterusnya perkara yang memang aku tak boleh nak lupa adalah kemalangan bersama adik aku. Perkara ini berlaku ketika aku berada di tingkatan empat. Kemalangan itu berlaku ketika aku hendak pergi ke sekolah. Kemalangan berlaku berdekatan dengan sekolah aku.  kecederaan yang dialami oleh aku tidaklah teruk. Tapi itulah satu pengalaman yang ngeri yang tak boleh nak aku lupakan sehingga ke hari ini. Sangat. menakutkan.
Itulah serba sedikit perkara yang memang aku tak boleh nak lupa.

sembilan jenis Reaksi Wajah

Pengambaran Untuk Video

Hari ini selama satu hari kumpulan Uda dan Dara  mengadakan pengambaran untuk Video yang akan dipersembahkan kepada DrNormaliza. Penat bukan kepalang. Dari awal pagi kami mengadakan pengambaran di Alamanda, Putrajaya. Pada sebelah petang kami megadakan pengambaran di Bukit Ekspo. Akhir kata pengambaran video kumpulan kami berjalan seperti yang dirancang.

Friday 28 October 2011

Sambung belajar Balik..

Setelah cuti seminggu maka hari ini aku sampai ke UPM untuk menyambung kembali segala rutin pembelajaran. Aduhai banyak sungguh kerja yang kena siapkan. Harap-harap dapat menyempurnakan segala kerja yang telah diberikan oleh pensyarah.

Monday 24 October 2011

Jalan-jalan ke Kuantan

Cuti pertengahan sem sudah bermula, aku akan ke kuantan selama 5 hari. Tak tahulah kenapa aku berasa seronok sangat nak pergi ke sana. Apa yang mengembirakan, aku  dapat memepaskan diri dari melihat buku-buku yang memeningkan kepala otak aku buat seketika dan masa inilah untuk aku mahu merehatkan diri dari menghambakan diri kepada pelajaran selama satu minggu. Aku akan gunakan cuti seminggu dengan sebaik mungkin.

Hari pertama di Kuantan
Pergi Shopping bersama abang dan kakak ipar aku di kuatan parade, seronok jugak kat sana dapat cuci mata. Pastu pergi makan dekat Giant kuantan, makan nasi ayam... sedap lah jugak.  Pada waktu petang aku layang filem bini-biniku Ganster lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, dan lain-lain. Agak menyeronokkan juga tengok filem tu.

Hari kedua di Kuantan
Hari kedua tidak ada yang menyeronokkan. Sepanjang hari  ini aku berada di rumah sahaja kerana abang dan kakak ipar aku bekerja, anaknya pula mereka pergi hantar ke nusery, tinggalah aku seorang diri di rumah. Sepanjang sehari  kat rumah aku melayan internet je sepanjang hari. Pada waktu malam aku layan filem Karak.  Menakutkan tengok cerita tu. Sangat menghiburkan.

Hari ketiga di Kuantan
Sepanjang berada  di rumah abang aku, setiap pagi abang aku asyik beli nasi lemak je, tapi kira ok la dari tak beli kan.  Hari  ni abang aku bawa aku pusing-pusing bandar kuantan walaupun aku dah banyak kali dah menjejaki bandar ini. Kuantan sama sahaja dengan bandar-bandar lain di Malaysia. Pada waktu malam abang aku bawa pergi pasar malam. Banyaklah jugak kami membeli makanan.

Hari keempat di Kuantan
Sangat teruja hari ini, abang aku bawa pergi sekali lagi ke Kuantan Parade untuk beli barang keperluannya. Pada waktu petang kami pergi ke Pantai Teluk Chempedak... Sangat best.. Malam kami pergi makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur.. Tersangat lah best hingga tak terkata. Hari yang penuh dengan keceriaan.

Hari kelima aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian di UPM. bersedialah otak untuk menerima segala hafalan yang akan bermula pada hari isnin ini.

Bersama Kumpulan Uda & Dara...... Jom Layan....

Bakal atlet angkat berat Malaysia.

Aksi memikat perempuan. huhuhu

Kesombongan
Nak terjun Kolam
Bantu membantu  amalan yang terpuji

Pengantin olok-olok

Pertandingan muka tercantik

Belajar berterbang.

Bertelagah

Belajar cara-cara bermain bola sepak

Tolong-menolong

Budak rajin