Saturday 29 October 2011

Perkara yang aku tak boleh lupa

Dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah S.W.T ini semestinya segala kenangan akan tercipta sama ada kenangan itu indah mahupun buruk sehingga tidak dapat dilupakan oleh seseorang. Semua orang akan melaluinya seperti juga diri aku yang telah melalui pelbagai kenangan manis dan buruk sepanjang 24 tahun hidup di muka bumi Allah S.W.T. Semestinya banyak perkara yang aku tak boleh lupa, tetapi aku akan menyenaraikan beberapa sahaja perkara yang betul-betul memang aku tak akan lupai sepanjang kehidupan aku.
Perkara pertama yang memang aku tak boleh nak lupa sampai hari ini adalah mengenai mula-mula aku dapat menerima tawaran masuk ke universiti Putera Malaysia. Mak dan ayah aku orang yang paling gembira pada masa itu, sehingga menitiskan air mata kerana akulah satu-satunya orang yang pertama yang menjejaki ke menara gading, sebab tu perkara ini menjadi detik yang tidak boleh dilupakan dalam kehidupan aku.
Selai itu, Aku sampai hari ini masih teringat arwah nenek aku,  nenek aku dah empat tahun meninggal dunia. Aku melihat sendiri orang mandikan  dan kapankan nenek aku. Di antara enam orang adik-beradik akulah orang yang paling rapat dengan  nenek aku. Daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah aku tidur bersama dia. Kini nenek aku tiada lagi. Aku sangat  mengingati saat-saat bersama nenek. Aku pasti akan menangis apabila teringatkan nenek.
seterusnya perkara yang memang aku tak boleh nak lupa adalah kemalangan bersama adik aku. Perkara ini berlaku ketika aku berada di tingkatan empat. Kemalangan itu berlaku ketika aku hendak pergi ke sekolah. Kemalangan berlaku berdekatan dengan sekolah aku.  kecederaan yang dialami oleh aku tidaklah teruk. Tapi itulah satu pengalaman yang ngeri yang tak boleh nak aku lupakan sehingga ke hari ini. Sangat. menakutkan.
Itulah serba sedikit perkara yang memang aku tak boleh nak lupa.

No comments:

Post a Comment