Saturday, 24 September 2011
HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT
Baca tajuknya anda sudah tahu mengapa sebab musabab hal ini diperbicarakan. Kita semua tahu bahawa setiap pelajar menerima pinjaman PTPTN. Apa yang menyedihkan wang tersebut dihabiskan dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan apabila sudah kehabisan WANG mulalah meminjan. Apa yang menariknya semasa ingin berhutang manis sungguh mulut berkata-kata, tetapi apabila untuk membayarnya sangat susah. Sampai masuk semester baru pun tidak bayar-bayar juga. Kalau kita mintak takut si penghutang akan menanggung malu. Kita tidak faham mengapa si penghutang sungguh susah untuk membayar hutang atau buat-buat lupa untuk membayar. Sebenarnya ramai manusia muka tembok atau orang tidak tahu malu, dah tahu berhutang bayarlah ini tidak buat tidak endah sahaja. kalau berhutang 50 SEN bolehlah dihalalkan tetapi kalau dah berpuluh-puluh siapa yang nak halalkan. Kalau kerja sebagai pegawai tidak apalah, ini sebagai pelajar yang mengharapkan duit PTPTN. Walau apapun hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Kepada si penghutang bayarlah hutang kepada si peminjan.. Fikir- fikirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment